Dakar meriah sambut pasukan Senegal

Dakar meriah sambut pasukan Senegal

Penyokong skuad bola sepak kebangsaan Senegal meraikan kepulangan pasukan itu di Dakar pada 20 Januari 2026 selepas muncul juara Piala Negara-Negara Afrika susulan kemenangan ke atas Maghribi dalam perlawanan akhir penuh intensiti di Rabat, Ahad lalu, dengan ketibaan mereka lewat malam Isnin disambut secara rasmi oleh Presiden Senegal bersama barisan kerajaan di lapangan terbang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAKAR: Puluhan ribu penyokong Senegal membanjiri jalan utama ibu negara Dakar semalam bagi menyambut kepulangan skuad Lions of Teranga yang muncul juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menewaskan tuan rumah, Maghribi, 1-0 dalam perlawanan akhir di Rabat, Ahad lalu.

Para pemain dan barisan kejurulatihan mengarak trofi kejuaraan menaiki bas terbuka yang bergerak perlahan merentasi kawasan kejiranan kelas pekerja hingga ke kawasan elit sebelum menyusuri lebuh raya ikonik Corniche di pesisir pantai.

“Lions telah membuat seluruh negara berasa bangga, lebih-lebih lagi apabila menewaskan tuan rumah dalam situasi yang penuh tekanan,” kata Hortense Kenny yang hadir bersama anak kecilnya di kawasan Patte d’Oie untuk menyaksikan perarakan tersebut.

“Sekarang yang tinggal hanyalah impian untuk menjuarai Piala Dunia, dan dengan Sadio Mane dalam pasukan, tiada yang mustahil,” tambahnya sambil merujuk peranan penting kapten Senegal itu sebagai pendamai ketika kekecohan di penghujung perlawanan akhir.

Kejayaan itu menandakan kejuaraan kedua Senegal selepas gelaran sulung pada edisi 2022 di Cameroon, selain final ketiga mereka dalam empat edisi terakhir AFCON.

Kemeriahan sambutan di Dakar berlangsung tanpa menghiraukan kontroversi perlawanan akhir, apabila Senegal sebelum ini meninggalkan padang sebagai bantahan terhadap sepakan penalti yang diberikan kepada Maghribi sebelum kembali menyambung perlawanan.

Cubaan penalti gaya Panenka oleh Brahim Diaz berjaya diselamatkan penjaga gol Senegal sebelum Pape Gueye muncul wira dengan jaringan kemenangan di masa tambahan yang membisukan penyokong tuan rumah.

Pasukan Senegal dijadual menerima sambutan rasmi di hadapan Istana Presiden pada lewat petang atau malam ini selepas tiba dari Maghribi dan disambut Presiden Bassirou Diomaye Faye serta Perdana Menteri Ousmane Sonko.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN