BAM dapat jurulatih baharu awal Februari?

BAM dapat jurulatih baharu awal Februari?

Jefri Ngadirin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menambah jurulatih baharu akan dimuktamadkan pada awal bulan hadapan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata, perkara berkenaan juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK).

Katanya, satu bengkel khas bakal diadakan terlebih dahulu pada 22 dan 23 Januari ini bagi membuat perincian mengenai struktur yang dicadangkan oleh BAM.

“Kita adakan JKK pada awal Februari untuk bincang mengenai perancangan mereka. Setakat ini kita dengar ada empat, enam (jurulatih) tetapi di mana (penempatan) kita tak tahu lagi.

“Dalam bengkel itu baru kita akan perincikan sama ada keperluan tersebut untuk di bawah program Pelapis, Podium atau Road to Gold (RTG). Bergantung kepada perancangan yang mereka akan bentangkan kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, Jefri turut berkata, pihaknya perlu menilai kebolehupayaan MSN bagi menampung kesemua kos perbelanjaan kemasukan jurulatih tersebut.

“Kos itu kita akan lihat secara keseluruhan memandangkan badminton salah satu sukan menerima peruntukan besar daripada kerajaan, kita akan tengok dari segi kebolehupayaan kita untuk menanggung kesemuanya.

“Biasanya BAM mempunyai peruntukan penajaan mereka sendiri dan mereka mampu untuk menanggung kos-kos tambahan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN