Arsenal berdepan ujian getir, Spurs dan Palace dalam tekanan

Arsenal berdepan ujian getir, Spurs dan Palace dalam tekanan

MIKEL ARTETA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berdepan cabaran penting apabila bertandang ke Elland Road menentang Leeds United, Sabtu ini, dalam usaha mengelakkan momentum negatif Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka berlarutan ketika pencabar terdekat, Manchester City dan Aston Villa semakin menghampiri.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini di puncak liga dengan kelebihan hanya empat mata, dan prestasi hambar dalam tiga perlawanan terakhir apabila sekadar meraih dua mata, mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong.

Kekalahan pertama di laman sendiri musim ini kepada Manchester United minggu lalu, selepas seri menentang Liverpool dan Nottingham Forest, memberi gambaran Arsenal kini berada di bawah tekanan besar dalam pemburuan kejuaraan liga pertama sejak 2004.

Sementara itu, Tottenham Hotspur terus dihimpit apabila menerima kunjungan Manchester City, Ahad ini dengan persoalan besar sama ada mereka mampu menampilkan prestasi cemerlang seperti di pentas Eropah atau terus bergelut di saingan domestik.

Pasukan kendalian Thomas Frank kini menghuni tangga ke-14 liga dan hanya mencatat dua kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir EPL, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong.

Namun, prestasi berbeza ditampilkan dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila kemenangan 2-0 ke atas Eintracht Frankfurt memastikan Spurs layak ke pusingan 16 terakhir.

Dalam perkembangan lain, Crystal Palace kini berada dalam fasa merisaukan apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Situasi bertambah rumit selepas kapten pasukan, Marc Guehi, berhijrah ke Manchester City, manakala pengurus Oliver Glasner mengumumkan akan meninggalkan kelab pada akhir musim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN