Abu Samah sasar emas di APG 2025

Abu Samah sasar emas di APG 2025

ABU SAMAH BORHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet tenis berkerusi roda negara, Abu Samah Borhan tekad untuk mempertahankan pingat emas dalam acara beregu di Sukan Para ASEAN (APG) di Nakhon Ratchasima, Thailand dari 20 hingga 26 Januari ini.

Bagaimanapun, Abu Samah berkata, dia tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan lawan terutamanya wakil tuan rumah yang sehingga kini masih belum diketahui prestasi sebenar mereka.

“Secara peribadi saya meletakkan sasaran untuk ke final bagi acara perseorangan dan cuba pertahankan emas bagi acara beregu lelaki.

“Namun, saya tak boleh nak pandang rendah kemampuan lawan lebih-lebih lagi Thailand sebab mereka tidak keluar menyertai sebarang kejohanan pada tahun lalu dan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai ranking.

“Disebabkan ranking mereka tiada, kami tidak tahu prestasi semasa mereka dan apa yang kami boleh lakukan hanya berpandukan pertemuan terakhir menentang mereka,” katanya.

Abu Samah memenangi pingat emas dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya, Mohammad Yusshazwan Yusuf pada APG 2022 di Solo, Indonesia manakala bagi acara perseorangan dia meraih gangsa.

Atlet berusia 41 tahun itu kini berada di kedudukan ranking ke-54 dunia manakala Yusshazwan di tangga ke-36.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN