KUALA LUMPUR: Seramai 74 keluarga pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdepan kehilangan tempat tinggal apabila diarah mengosongkan kuarters kediaman di Ipoh dan Jalan Kastam dalam tempoh singkat, susulan projek pembangunan di kedua-dua lokasi itu. Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM), Muhammad Faizal Shahibul Kiraya berkata, situasi paling kritikal melibatkan 26 unit rumah dan sebuah surau di Jalan Kastam, yang kini tertakluk kepada arahan pengosongan dalam tempoh 14 hari selepas Jabatan…










