KUCHING: Sebanyak 26 buah sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2026 esok disebabkan terjejas banjir. Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata berdasarkan Tinjauan Kebolehoperasian Sekolah-Sekolah Terjejas Banjir di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), kesemua sekolah itu adalah di bawah seliaan tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Daro, Selangau dan Tatau/ Sebauh. Katanya daripada jumlah itu, 19 buah sekolah terlibat adalah di Tatau/Sebauh…







