PETALING JAYA: Seramai 200 anak yatim dan asnaf diraikan dalam program Fun Run Sentuhan Kasih Ihsan Anak bersama Gaza anjuran Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) yang berlangsung di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Ihsanku, Muhammad Syariffuddin Supeni berkata, program berkonsepkan riadah santai dan advokasi kemanusiaan itu melibatkan penyertaan anak-anak yatim daripada sembilan rumah angkat Ihsanku. Selain itu katanya, turut diraikan ialah anak-anak yatim dari…










