SUNGAI BULOH: Seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di Parlimen Sungai Buloh menerima bantuan persekolahan sebagai persediaan tambahan bagi menghadapi sesi persekolahan baharu yang bermula 12 Januari lalu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 750 pelajar menerima bantuan tunai sebanyak RM150 seorang manakala 250 lagi terdiri daripada anak-anak Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima sumbangan kelengkapan persekolahan lengkap. Menurutnya, sumbangan itu berbentuk…










