Ze Zeng tuai emas ke-11

Ze Zeng tuai emas ke-11

FANG Ze Zeng mengumpul keseluruhan 157.22 mata untuk menewaskan pencabar utama dari Filipina dan tuan rumah Thailand yang terpaksa berpuas hati di belakangnya. - IHSAN FB FANG ZE ZENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet luncur ais negara, Fang Ze Zeng, muncul wira apabila menghadiahkan pingat emas ke-11 buat kontinjen Malaysia pada hari keempat Sukan SEA Thailand 2025 di Imperial World Samrong, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir hasil persembahan konsisten Ze Zeng yang mengekalkan kedudukan teratas sejak hari sebelumnya sebelum menguasai pentas akhir acara gaya bebas dengan penuh bergaya.

Ze Zeng memukau juri menerusi rutin kemas dan kawalan teknikal tinggi sekali gus mengesahkan penguasaannya dalam acara berkenaan.

Ze Zeng mengumpul keseluruhan 157.22 mata untuk menewaskan pencabar utama dari Filipina dan tuan rumah Thailand yang terpaksa berpuas hati di belakangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN