Verstappen sah pilih nombor 3 untuk musim 2026

Verstappen sah pilih nombor 3 untuk musim 2026

MAX Verstappen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia empat kali, Max Verstappen mengumumkan beliau akan menukar nombor pemandu (Formula Satu) F1 daripada 1kepada 3 bermula musim 2026.

Keputusan itu dibuat selepas pemenang gelaran dunia 2025, Lando Norris, mengesahkan akan menggunakan nombor #1 yang diperuntukkan khas untuk juara semasa.

“Ini bukan tentang nombor 33 lagi, nombor kegemaran saya sejak kecil adalah 3 dan kini saya berpeluang menggunakannya.

“3 selalu membawa maksud ‘kegembiraan berganda’, dan saya mahu terus cabar diri dengan nombor baharu ini di Red Bull,” kata Verstappen.

Verstappen membawa nombor 1 sejak 2022 selepas empat musim berturut-turut menjuarai kejuaraan dunia, namun dominasi itu berakhir musim ini.

Nombor 3 pernah digunakan oleh bekas rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo, sebelum beliau bersara daripada F1 pada 2024.

Red Bull juga bakal menampilkan rakan sepasukan baharu, Isack Hadjar, yang dipromosikan dari Racing Bulls bagi menggantikan Yuki Tsunoda sebagai pemandu simpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN