IPOH: Kawasan kedai makan yang menjadi persinggahan popular pelancong di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands yang tular berikutan keadaan hakisan cerun di lokasi tersebut, akan ditutup sementara. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan memberi notis penutupan kepada pemegang permit mulai esok 26 Disember 2025 selama tempoh satu bulan sehingga siasatan lengkap dibuat. Menurutnya, semakan awal mendapati lokasi…










