LOS ANGELES: Penyanyi antarabangsa, Taylor Swift, 36, mendermakan AS$1 juta (RM4 juta) kepada Persatuan Jantung Amerika.
Sumbangan tersebut diberikan susulan kejayaan pembedahan jantung bapanya, Scott Kingsley Swift.
Dana yang didermakan itu juga menjadi sebahagian inisiatif penyanyi terkenal itu dalam memerangi penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama rakyat Amerika Syarikat.
Terdahulu, Swift berkongsi masalah kesihatan bapanya yang menjalani pembedahan pintasan lima saluran jantung pada penghujung Jun lalu.
Wang disumbangkan Swift akan disalurkan untuk kaji selidik, pencegahan dan rawatan penyakit jantung bagi manfaat masyarakat AS. – UTUSAN










