Sukan SEA: Compound berpasukan lelaki raih emas

Sukan SEA: Compound berpasukan lelaki raih emas

ATLET memanah negara bergambar selepas menewaskan pasukan tuan rumah Thailand dalam acara Compound berkumpulan akhir pada Sukan SEA Thailand 2025 di Sports Authority of Thailand di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Skuad memanah negara meraih emas acara compaund berpasukan lelaki di Sukan SEA Thailand 2025 di Lapang Sasar Memanah, Sport Authority Thailand, sebentar tadi.

Dalam aksi final, Malaysia yang diwakili Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhamad Aiman Syafiq Tariki menewaskn trio tuan rumah 232 berbalas 228.

Kejayaan berkenaan menjadi emas pertama buat kem memanah negara di temasya dwitahunan itu di Thailand, selepas berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa, semalam.

Untuk rekod, kali terakhir acara memanah dipertandingkan di Sukan SEA ialah pada edisi di Vietnam 2022 dengan ketika itu skuad kompaun berpasukan lelaki negara meraih pingat perak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN