Speedy Tigers belasah Myanmar 21-1

Speedy Tigers belasah Myanmar 21-1

UNTUK rekod, Malaysia merupakan juara pada edisi 2023 di Kemboja selepas menewaskan Singapura pada perlawanan akhir. - IHSAN FB KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan penuh bergaya apabila membelasah Myanmar 21-1 dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan A di Universiti Sukan Negara, Chonburi, hari ini.

Malaysia berada pada kelas tersendiri apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul mesin jaringan dengan tujuh gol, manakala Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan turut mempamerkan ketajaman dengan tiga jaringan peribadi.

Aksi berpesta gol itu menyaksikan Malaysia menguasai keseluruhan permainan dengan tekanan tanpa henti serta penyudah klinikal di dalam kawasan D lawan.

Kemenangan besar ini meletakkan skuad negara dalam landasan terbaik memburu emas sambil memberi amaran awal kepada pasukan pencabar lain seperti Indonesia pada aksi seterusnya esok – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN