LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya kehilangan faktor rasa gerun sepanjang prestasi buruk mereka apabila seri 1-1 menentang Sunderland dalam aksi liga, semalam.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini gagal menang dalam tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri dan memerlukan gol sendiri Nordi Mukiele untuk menyelamatkan satu mata menentang Black Cats.
Sejak memenangi lima perlawanan pembukaan liga musim ini, Liverpool hanya memenangi dua daripada sembilan perlawanan terakhir mereka.
“Pasukan yang menentang kami kini fikir mereka boleh mendapat keputusan. Bukan sekadar fikir, kerana musim ini telah membuktikannya.
“Malah dalam perlawanan yang kami menang, kami telah memberi keyakinan kepada pasukan lain bahawa sesuatu itu mungkin kerana kemenangan yang kami raih juga bukan kemenangan mudah,” kata Slot.
Harapan bahawa keadaan telah berubah selepas kemenangan 2-0 ke atas West Ham pada Ahad lalu semakin pudar buat Slot.
“Saya tahu sebelum perlawanan Sunderland adalah pasukan yang sukar untuk dibolosi dan susah untuk mencipta peluang.
“Perlawanan di mana kami tidak banyak bolos atau mencipta banyak peluang dan kami sangat tidak bernasib baik dengan gol yang kami benarkan,” kata Slot. – AFP










