Skuad hoki belasah Thailand, pertahan pingat emas

Skuad hoki belasah Thailand, pertahan pingat emas

SKUAD hoki negara mempertahankan pingat emas di Sukan SEA buat kali ke-17 berturut-turut. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan menepati ramalan apabila memenangi pingat emas Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Thailand 8-0 dalam aksi final temasya itu, hari ini.

Skuad kendalian Sarjit Singh itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan Thailand yang dibimbing oleh bekas jurulatih negara, Tai Beng Hai dalam aksi yang berlangsung di Thailand National Sport University (TNSU), Chonburi.

Amanraj Sarwan bertindak cemerlang apabila menjaringkan tiga gol dan selebihnya disumbangkan oleh Muhajir Abdu Rauf, Nik Aiman Nik Rozemi, Faiz Helmi Jali, Fitri Saari dan Alfarico Liau.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia merangkul pingat emas ke-18 sejak penyertaan pertama dalam temasya Sukan SEA pada 1971.

Satu-satunya edisi yang tidak dimenangi adalah pada tahun 1973 di Singapura, apabila skuad negara menamatkan saingan selaku naib juara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN