Skuad B-23 layak ke separuh akhir

Skuad B-23 layak ke separuh akhir

Skuad Bawah 23 negara bakal bertemu Thailand dalam aksi separuh akhir di stadium Rajamangala, Bangkok pada Isnin ini– IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mengesahkan tiket terakhir ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2025.

Harapan yang seakan malap itu kembali terang selepas Indonesia hanya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Myanmar aksi terakhir Kumpulan C.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan Malaysia sebagai pasukan naib juara terbaik berdasar kelebihan jaringan.

Walaupun dikecewakan Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan B, namun kejayaan layak ke separuh akhir menghidupkan Kembali misi skuad harimau muda dalam memburu pingat di temasya dwitahunan itu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke peringkat separuh akhir temasya ini adalah pada edisi lalu di Vietnam dan kali terakhir kilauan emas digenggam pada edisi 2011 di Indonesia.

Di separuh akhir tugasan berat menanti skuad kendalian Nafuzi Zain apabila akan berdepan tuan rumah Thailand pada Isnin ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN