Shereen terpaksa lupakan Sukan SEA

Shereen terpaksa lupakan Sukan SEA

BIARPUN sedih terpaksa melepaskan pentas utama Asia Tenggara itu, Shereen tetap optimis bakal kembali dengan lebih garang dalam misi memburu gemilangan baharu buat negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harapan skuad olahraga negara untuk mendominasi balapan 400 meter (m) di Sukan SEA Thailand tahun depan menerima tamparan apabila ratu pecut negara, Shereen Samson Vallabouy sah menarik diri akibat kecederaan hamstring.

Shereen, 27, yang meraih pingat emas 400m di Kemboja 2023 mengakui keputusan itu adalah antara yang paling sukar dalam kariernya selepas pemeriksaan Institut Sukan Negara (ISN) mendapati kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya memang nak bertanding, tapi risiko kecederaan berulang terlalu tinggi. Doktor sahkan hamstring saya masih belum capai tahap selamat untuk beraksi. Memang berat, tapi saya perlu utamakan masa depan karier,” katanya.

Memilih untuk berehat kini, Shereen menegaskan langkah itu penting demi memastikan beliau kembali berada pada prestasi terbaik menjelang kalendar kejohanan padat 2026 yang merangkumi Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

“Kalau paksa diri sekarang dan cedera semula, tempoh pemulihan akan lebih panjang. Saya tak mahu ambil risiko itu,” tegasnya.

Ketiadaan atlet kesayangan negara itu pasti memberi kesan besar kepada misi emas Malaysia, bukan sahaja dalam acara 400m tetapi juga kuartet berganti-ganti 4x100m wanita, selain turut dijadualkan menguatkan pasukan 4x400m serta 4x400m campuran.

Biarpun sedih terpaksa melepaskan pentas utama Asia Tenggara itu, Shereen tetap optimis bakal kembali dengan lebih garang dalam misi memburu gemilangan baharu buat negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN