PETALING JAYA: Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lebih empat tahun apabila mencapai 4.1060/1110 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup dagangan minggu ini. Pada pukul 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1065/1155 berbanding 4.1115/1165 kelmarin, menandakan permulaan dagangan yang lebih stabil. Prestasi ringgit semalam juga mencatat sejarah apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat tahun lima bulan, mengatasi rekod 4.1080/1110 sedolar AS pada 11 Jun 2021. Penganalisis Ekonomi…










