BANGKOK: Gandingan Muhammad Rafiq Ismail dan Muhammad Syazirol Shamsudin meraih pingat emas pada final boling berpasangan lelaki di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.
Dalam aksi di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin itu, gandingan negara itu menewaskan pasangan Thailand, Lapasdanai Chusaeng-Vilinkorn Kledkaew dengan 470 jatuhan pin berbalas 435.
Terdahulu di aksi separuh akhir, Rafiq-Syazirol melakukan 470 jatuhan pin, sekali gus menyingkirkan wakil Singapura, Nu’man Syahmi Yusri dan Jomond Chia (419).
Satu lagi pasangan negara, Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam dan Fan Yew Tsen terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas tewas kepada Thailand (Lapasdanai-Vilinkorn) 450-389 di separuh akhir.-UTUSAN










