PETALING JAYA: Kerajaan dijangka menjana penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 bermula September lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, unjuran penjimatan itu dibuat berdasarkan data penggunaan domestik serta andaian kira-kira 20 peratus daripada jumlah penggunaan RON95 ketika ini membabitkan pengguna yang tidak layak menerima subsidi. Katanya, julat penjimatan ini mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global antara AS$60 hingga AS$80…










