Malaysia tumpuan rantaian bekalan semikonduktor global

Malaysia tumpuan rantaian bekalan semikonduktor global

SIKH SHAMSUL IBRAHIM SIKH ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM76.4 bilion bagi tempoh Januari 2024 hingga September lalu dibawah Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS).

Situasi itu sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi tumpuan dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, NSS turut mencatatkan kejayaan dalam pembangunan tenaga kerja.

Ia apabila lebih 13,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi berjaya dilatih dalam tempoh berkenaan.

Katanya, antara projek utama yang memacu pertumbuhan sektor tersebut termasuk pembangunan teknologi pembungkusan termaju Carsem, pengeluaran produk semikonduktor NXP dan  pembinaan kilang silicon carbide 200mm terbesar dunia oleh Infineon.

“Malaysia menguasai kira-kira 13 peratus pasaran global dan menyumbang lebih 20 peratus kepada perdagangan semikonduktor Amerika Syarikat (AS). 

“Kedudukan ini meletakkan negara sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan teknologi dunia,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Menurut Sikh Shamsul Ibrahim, momentum Malaysia dalam sektor ini terus kukuh dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM285.2 bilion dalam sembilan bulan pertama 2025.

Jumlah itu katanya meningkat 13.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, meskipun aliran modal global terjejas akibat ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan.

“Daripada jumlah tersebut, sektor perkilangan menyumbang RM93.8 bilion melalui 885 projek, dengan industri elektrik dan elektronik (E&E) mencatat pelaburan bernilai RM22.0 bilion.

“Sektor semikonduktor pula merekodkan pelaburan signifikan bernilai RM12.3 bilion (USD2.9 bilion), sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×