PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara terus menunjukkan kelas tersendiri apabila menundukkan Indonesia 11-1 pada aksi kedua peringkat Kumpulan A Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.
Malaysia dikuasai penuh dengan beberapa pemain utama menyerlah, termasuk Nur Afiqah Syahzani Azhar dan Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin yang masing-masing mencatatkan hatrik.
Aksi itu menyaksikan pasukan negara mengawal keseluruhan permainan dengan penyudah klinikal dan gerakan pantas yang sukar dibendung lawan, menunjukkan persiapan mantap menjelang perlawanan terakhir kumpulan.
Tumpuan kini beralih kepada pertemuan menentang tuan rumah Thailand pada Selasa ini, di mana Malaysia berpeluang mengukuhkan kedudukan dan meletakkan diri selesa untuk saingan separuh akhir.
Terdahulu, Speedy Tigress mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan A, Khamis lalu.










