PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan mewartakan sambutan Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari sebagai hari kelepasan am. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia berkata, cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti yang wajib diberikan oleh majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja. Katanya, ia sebagaimana peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti. “Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh…










