PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Paris telah membatalkan sepenuhnya keputusan berkaitan Final Award atau Anugerah Akhir bernilai AS$14.9 bilion yang difailkan oleh pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu pada 28 Februari 2022. Sekretariat Khas Kerajaan bagi kes tuntutan Sulu berkata, mahkamah turut mengarahkan pihak yang didakwa sebagai penuntut Sulu membayar kos sebanyak EUR 200,000 (RM957,000) kepada Malaysia. “Kerajaan Malaysia menerima penghakiman tersebut pada lewat malam tadi. Dalam keputusan…










