PETALING JAYA: Polis mengesahkan seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Kota Damansara, di sini selepas tidak dapat dihubungi sejak dua minggu lalu. Penemuan mayat lelaki itu diterima pihaknya kira-kira pukul 11.27 malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mengesahkan kematian…










