Kim Swee mahu Sabah lakar kejutan

Kim Swee mahu Sabah lakar kejutan

ONG KIM SWEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, mahu bekas pasukannya lakar kejutan menjelang aksi final Piala FA 2025 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Ahad ini.

Bagi Kim Swee, inilah peluang terbaik buat anak buah jurulatih Jean-Paul de Marigny mencipta sejarah gemilang buat Negeri Di Bawah Bayu yang sudah lama menanti kejayaan lebih sedekad.

“Perlawanan akhir adalah detik berbeza buat setiap pemain dan pegawai. Bukan semua berpeluang merasai pengalaman ini. 

“Ketika kami juara pada 1995, ia adalah satu momen yang sangat manis, di mana seluruh Sabah meraikannya dengan penuh kegembiraan,” katanya.

Bekas jurulatih Persik Kediri itu yang berpengalaman luas turut  merasai cabaran getir aksi final bekas pasukannya itu. 

Katanya, Sabah yang mara ke final selepas menyingkirkan Selangor FC menerusi sepakan penalti, kini menanti untuk membalas dendam ke atas JDT, yang menewaskan mereka 1-0 dalam pada edisi final 1998.

“Semoga Sabah dapat buktikan kemampuan dan pulang dengan keputusan positif. Ini peluang keemasan untuk menulis sejarah baharu,” tambahnya.

Sebagai rekod, Sabah pernah muncul juara Piala FA pada 1995 selepas membenam Pahang pada perlawanan akhir dengan keputusan 3-1 di mana merupakan  gelaran pertama dan terakhir buat pasukan itu hingga kini.

Meskipun pada 1998 sekali lagi layak ke final, namun Sabah terpaksa akur tewas kepada Johor dan mungkin ini adalah kesempatan terbaik buat anak buah Jean-Paul de Marigny menebus kehampaan itu di SNBJ nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN