KUALA LUMPUR: Kerajaan nekad menyelesaikan masalah kemudahan asas dan prasarana di Sabah dengan kadar segera bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri di bawah bayu itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau melihat sendiri dan memahami mengapa rakyat di Sabah marah kerana masalah kemudahan asas mereka masih tidak diselesaikan walaupun kerajaan dan Perdana Menteri sering berganti. “Saya sebagai manusia faham (mengapa mereka) marah, dia kata ‘menteri, kerajaan (dan) Perdana Menteri…










