LANGKAWI: Perdana Menteri menjelaskan mana-mana kes mahkamah tidak pernah diambil atau dibuat keputusan hanya kerana seseorang itu penyokong kerajaan, pihak lawan atau atas sebarang ugutan politik. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk kepada keputusan membabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya berkata, semua proses itu adalah mengikut lunas undang-undang sedia ada. “Saya nak jelaskan kita ambil kes mahkamah ini bukan kerana dia itu penyokong kita, seteru kita…










