KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak pernah mengalihkan penghadang keselamatan di lokasi insiden sebuah kenderaan utilities sukan (SUV) terjunam ke dalam gaung di Kuala Berang, Terengganu seperti dakwaan penduduk setempat. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jika benar terdapat penghadang yang dialihkan, tindakan itu bukan dilakukan oleh JKR yang sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), khususnya di kawasan cerun atau lokasi berisiko runtuhan. “Jika benar dialihkan,…










