Tasik Chini terus terima kehadiran pelawat

Tasik Chini terus terima kehadiran pelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tasik Chini di Pekan, dekat sini yang suatu ketika dahulu gah sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka di negeri ini tetap dikunjungi orang ramai meskipun Resort Tasik Chini belum beroperasi. 

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, tasik itu masih menerima sambutan baik berikutan terdapat aktiviti yang disediakan buat pengunjung di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC).

“Sebenarnya ia mendapat sambutan yang baik. Saya difahamkan hampir setiap hujung minggu tempahan di PPTC memang penuh dan mereka juga menawarkan pakej-pakej eksplorasi orang asli, ada pakej eksplorasi Tasik Chini, ada pakej eksplorasi hutan juga,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Yu Man berkata, setakat ini Resort Tasik Chini masih dalam tindakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) untuk mendapatkan pelabur untuk pembukaan semula Tasik Chini berkenaan.

Selain itu beliau berkata, kerajaan negeri sudah  merangka dasar dan pelan strategi bagi menjadikan Tasik Chini sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO dan kawasan komuniti Orang Asli di Rompin sebagai destinasi pelancongan lestari berpaksikan komuniti.

Menurutnya, dasar dan pelan strategik itu dirangka berasaskan tiga teras utama iaitu pemuliharaan alam sekitar, pemberdayaan komuniti, pembangunan pelancongan berimpak rendah.

“Keseluruhan strategi ini menggambarkan komitmen kerajaan Pahang untuk memastikan warisan semula jadi dan budaya Tasik Chini serta kawasan Orang Asli di Rompin dibangunkan secara bertanggungjawab, kelestarian serta memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan, selaras dengan aspirasi Visit Malaysia 2026 dan agenda pemuliharaan negeri jangka panjang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN