KDN tepis dakwaan Suruhanjaya Tinggi UNHCR

KDN tepis dakwaan Suruhanjaya Tinggi UNHCR

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menepis dakwaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang mendakwa badan itu tidak dibenarkan melawat depoh tahanan Imigresen di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat yang beliau ketahui, hanya dua permohonan lawatan daripada UNHCR diterima pada tahun ini, dan kedua-duanya telah diproses mengikut prosedur.

Justeru, katanya, dakwaan yang dilaporkan melalui saluran media antarabangsa itu perlu diperbetulkan bagi mengelakkan salah faham terhadap komitmen Malaysia dalam pengurusan depoh tahanan.

“Seingat saya, tahun ini, baru dua kali kita terima surat, di mana UNHCR kata dia nak datang lihat depoh Imigresen.

“Tapi (mereka) beritahu dunia kata kita sekat, tak bagi. Jadi semua itu kita ‘manage’ dari segi persepsi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Berdasarkan laporan New York Times, UNHCR mendakwa suruhanjaya itu disekat sejak 2019 untuk melawat kebanyakan depoh tahanan, sekali gus mengurangkan keupayaannya mengenal pasti pelarian atau memeriksan keadaan dalam pusat tahanan berkenaan

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, tindakan Malaysia yang bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, menerima pelarian di negara ini bukan kerana diperhati dunia, sebaliknya atas dasar tanggungjawab moral untuk menguruskan manusia secara bermaruah, termasuk pelarian

Tambahnya lagi, Malaysia hanya lah negara transit sebelum pelarian yang berdaftar dengan UNHCR ini pergi ke negara ketiga.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan geopolitik kini sudah berubah selain peruntukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk usaha UNHCR juga menyusut.

“Akibatnya yang berada di negara kita, peluangnya untuk ditempatkan ke negara ketiga semakin tipis, kecuali ada beberapa negara. Jadi kita nak uruskan perkara ini dalam konteks sebagai kerajaan dan kita pula yang pikul tanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×