PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menepis dakwaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang mendakwa badan itu tidak dibenarkan melawat depoh tahanan Imigresen di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat yang beliau ketahui, hanya dua permohonan lawatan daripada UNHCR diterima pada tahun ini, dan kedua-duanya telah diproses mengikut prosedur. Justeru, katanya, dakwaan yang dilaporkan melalui saluran media antarabangsa itu perlu diperbetulkan bagi mengelakkan salah…










