BANGKOK: Skuad kata berpasukan negara berjaya menghadiahkan pingat perak buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025, biarpun tidak diletakkan sasaran untuk mara sehingga ke pentas final.
Trio negara Mohamad Aiqal Asmadie, Luqman Syah Jasman Syah, Mohamad Haznil Henry meraih perak selepas tumpas kepada tuan rumah dalam aksi di Ratthaprasasanphakdi Building Govermment Complex, hari ini.
Dalam aksi final itu, Thailand meraih 24.5 mata untuk meraih emas, manakala Malaysia meraih 23.3 mata untuk berpuas hati dengan pingat perak.-UTUSAN










