Jonathan pertahan emas 10 meter (m) air pistol

Jonathan pertahan emas 10 meter (m) air pistol

JONATHAN Wong bangkit pada final dengan tembakan tepat untuk mengutip 237.8 mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penembak negara, Johnathan Wong berjaya mempertahankan pingat emas acara 10 meter (m) air pistol lelaki pada temasya Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Biarpun gagal menyerlah pada peringkat kelayakan dengan berada di kedudukan ketujuh, Johnathan bangkit pada final dengan tembakan tepat untuk mengutip 237.8 mata.

Pingat perak dalam acara itu dimenangi oleh atlet Filipina, Fernandez Michael Angele yang mengutip 236.1 mata, manakala Maruf Sulthanul Aulia meraih gangsa (213.1).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN