JDT wajib menang, Munoz tuntut aksi terbaik hadapi Shanghai Port

JDT wajib menang, Munoz tuntut aksi terbaik hadapi Shanghai Port

PENGENDALI JDT, Xisco Munoz (tengah) ketika sidang media pra perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite Zon Timur menentang Shanghai Port FC.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mencabar pemain-pemainya mempamerkan karakter sebenar menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur menentang Shanghai Port FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok bagi memburu kemenangan.

Tegas Munoz, aksi menentang kelab dari China itu, ibarat misi hidup dan mati buat Harimau Selatan dan mereka wajib turun bermain habis-habisan bagi memastikan kemenangan mampu dicipta di laman sendiri.

“Malam esok, aksi minit pertama sebaik perlawanan bermula, kami harus tampil dengan karakter dan lebih bertenaga dengan intensiti yang tinggi malah kami perlu membuktikan betapa JDT bukanlah pasukan mudah ditewaskan.

“Ia perlawanan penting buat kami dan kami memperinci apa jua kelemahan bagi memastikan tidak berlaku kesilapan dilakukan pemain kerana jika tidak mengambil berat mengenai kelemahan atau kesilapan ia boleh mengubah permainan sekelip mata.

“Agak menyedihkan kerana kami masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat Arif (Aiman Hanapi) yang belum pulih sepenuhnya dan kami akan berusaha memberi `hadiah’ kepadanya iaitu tiga mata yang bakal mengubat kedukaannya yang saya tahu dia amat sedih tidak dapat membantu pasukan dalam aksi malam esok,” katanya dalam sidang media praperlawanan, hari ini.

Pengendali dari Sepanyol itu, turut mengesahkan Bergson da Silva akan mengetuai jentera serangan JDT selepas dia direhatkan ketika menentang PKR Svay Rieng FC dalam kejuaraan kelab ASEAN, 4 Disember lalu .

Selain Bergson, tonggak tengah JDT, Ager Aketxe kembali turun menjalani latihan selepas mengalami kecederaan dalam tempoh agak lama dan dia bersedia beraksi dalam kesebelasan utama.

“Ager akan menjalani ujian rawatan sama ada dia bersedia beraksi malah akan turun menjalani latihan menjelang aksi menentang Shanghai Port FC dan kami akan lihat perkembangannya dan pegawai fisioterapi bekerja keras bukan sahaja buat dirinya malah membabit semua pemain untuk bersedia beraksi dalam perlawanan kompetitif,” kata Munoz.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN