PETALING JAYA: Masyarakat diingatkan agar tidak terlalu ghairah memperjuangkan hak asasi sehingga mengenepikan kepentingan keselamatan negara. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keseimbangan antara tuntutan hak asasi dan usaha mengekalkan keamanan negara perlu diberi perhatian supaya tidak menjejaskan kestabilan umum. Justeru, katanya, desakan pihak tertentu agar undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan kini Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 dimansuhkan,…










