Kawalan sempadan antarabangsa Kedah diperketat

Kawalan sempadan antarabangsa Kedah diperketat

ADZLI Abu Shah melihat kenderaan dilucut hak yang diserahkan kepada institusi pendidikan bagi pembelajaran berkaitan automotif dalam majlis di SMK Hosba di Jitra, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sentiasa diperkemas bagi mengelak menjadi laluan alternatif kepada kegiatan penyeludupan termasuk dari Pantai Timur.

Ketua Polis negeri, Datuk Adzli Abu Shah berkata, langkah itu susulan tindakan Polis Kelantan merobohkan pengkalan haram di sepanjang sungai yang bersempadan dengan negara jiran terbabit.

Katanya, ia juga setelah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) turut memperketatkan kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dah arahkan semua pegawai dan anggota supaya terus memperketatkan sempadan dan kita tidak mahu Bukit Kayu Hitam dan Padang Terap dijadikan laluan alternatif,” katanya selepas menyerahkan kenderaan lucut hak di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di sini, hari ini.

Menurut beliau, penguatkuasaan diperketatkan dengan pelbagai strategi termasuk melaksanakan sekatan jalan raya pada hari cuti hujung minggu dan cuti umum iaitu ketika aliran keluar masuk tinggi.

“Hasil risikan kita, penyeludup ini mengambil kesempatan semasa aliran tinggi pelancong di pintu sempadan. Saya juga ingin memberi amaran keras kepada masyarakat yang menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan di sempadan.

“Tiada kompromi sama ada sebagai pemberi maklumat ataupun transporter. Jika ada bukti, tindakan tegas akan diambil, seperti kes dadah sebelum ini, kita tangkap dan tuduh penduduk di sempadan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adzli berkata, penduduk yang menjadi mangsa banjir tidak perlu bimbang meninggalkan kediaman masing-masing jika diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, kesemua ketua polis daerah di kawasan terjejas sudah diarahkan supaya menerima laporan polis di PPS bagi memudahkan mangsa tanpa perlu ke balai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini