PETALING JAYA: Penembak negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz dan Gan Chen Jie, berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) air rifle berpasukan campuran selepas menundukkan Indonesia 16-10 di Lapang Sasar Bangkok hari ini.
Pasangan negara terpaksa beraksi untuk perebutan gangsa selepas hanya menduduki tempat ketiga pada pusingan awal dengan jumlah 622.8 mata, manakala Indonesia menamatkan pusingan awal di posisi kelima dengan 620.5 mata.
Vietnam mengetepikan ramalan yang mana Thailand yang berkelebihan sebagai tuan rumah apabila membawa pulang pingat emas selepas mencatat skor sengit 16-14. – UTUSAN










