Haaland terpantas 100 gol di EPL, atasi Shearer

Haaland terpantas 100 gol di EPL, atasi Shearer

PENYERANG Manchester City, Erling Haaland meraikan gol pertama menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erling Haaland memahat sejarah sebagai pemain terpantas meraih 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencetak gol ketika kemenangan 5-4 ke atas Fulham, awal pagi tadi.

Penyerang Manchester City itu menyempurnakan lorongan pada babak pertama di Craven Cottage untuk melonjakkan jumlah jaringannya kepada 100 gol hanya dalam 111 penampilan liga bersama The Citizens.

Haaland memadam rekod lama milik legenda Newcastle dan Blackburn, Alan Shearer yang memerlukan 124 perlawanan untuk mencapai angka sama.

Selepas detik bersejarah Haaland, Phil Foden pula meledak dua gol untuk membantu City mendahului 5-1.

Namun begitu, Fulham mempamerkan aksi lebih garang pada separuh masa kedua dengan tiga jaringan dan hampir menyamakan kedudukan sebelum rembatan Josh King diselamatkan Josko Gvardiol di atas garisan pada saat akhir.

Kemenangan itu menyaksikan City yang berada di tangga kedua merapatkan jurang kepada dua mata di belakang pendahulu Arsenal yang berdepan Brentford awal pagi esok.

City kini merekodkan 19 kemenangan berturut-turut ke atas Fulham dalam semua pertandingan rentetan menang paling panjang antara dua kelab dalam sejarah bola sepak England.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN