Erry raih pingat perak sulung Sukan SEA

Erry raih pingat perak sulung Sukan SEA

ERRY meraih perak pertama dalam koleksi peribadinya selepas hanya mengenggam gangsa pada edisi 2019 dan 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat, menampilkan aksi konsisten untuk menghadiahkan pingat perak sulungnya di pentas Sukan SEA selepas beraksi cemerlang dalam kategori lelaki 79 kilogram (kg) pada edisi 2025 di Sekolah Sukan Chonburi, hari ini.

Erry memulakan saingan dengan mencatat angkatan terbaik 149kg dalam acara snatch, selepas percubaan terakhirnya pada 152kg tidak berjaya disempurnakan.

Anak kepada bekas jaguh negara, Hidayat Hamidon itu kemudian mengukuhkan kedudukan podium apabila berjaya mengangkat 185kg dalam acara clean and jerk, sekali gus mengumpul 336kg keseluruhan untuk mengesahkan pingat perak.

Pencapaian tersebut menyaksikan Erry memperbaiki rekod peribadinya di Sukan SEA selepas sebelum ini meraih pingat gangsa pada edisi 2019 di Filipina dan 2021 di Vietnam, sekali gus menjadikan perak kali ini sebagai pingat terbaiknya setakat ini dalam temasya dwitahunan berkenaan.

Sementara itu, bintang Indonesia yang juga juara Olimpik Paris 2024, Rizki Juniansyah, mencuri tumpuan apabila mencipta sensasi dengan memecahkan rekod dunia menerusi angkatan 205kg dalam clean and jerk untuk meraih pingat emas.

Pingat gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Natthawut Suepsuan yang mengangkat 335kg secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN