Chelsea bangkit ikat Newcastle 2-2

Chelsea bangkit ikat Newcastle 2-2

REECE James (kiri) meraikan jaringan pertamanya menentang Newcastle di St James Park, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Kebangkitan bersemangat Chelsea yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Newcastle United 2-2 di St James’ Park, malam tadi, sedikit sebanyak meredakan tekanan terhadap bos mereka, Enzo Maresca.

Newcastle bermula garang apabila Woltemade membuka jaringan seawal minit keempat sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20, dengan Chelsea kelihatan longgar dan gagal menampung intensiti permainan tuan rumah.

The Magpies hampir menambah jaringan sebelum rehat, namun peluang keemasan Woltemade disia-siakan ketika Chelsea terus bergelut mencari rentak permainan.

Ucapan Maresca di bilik persalinan jelas memberi kesan apabila Chelsea meningkatkan tempo permainan, dengan James merapatkan jurang menerusi sepakan percuma deras yang menewaskan Aaron Ramsdale.

Newcastle kemudiannya berdepan tekanan berterusan, diburukkan lagi dengan krisis kecederaan di benteng pertahanan yang memaksa mereka bertahan lebih dalam.

Usaha Chelsea akhirnya membuahkan hasil apabila Joao Pedro menyempurnakan gol penyamaan pada minit ke-66, sekali gus mencetuskan reaksi lega Maresca di tepi padang.

Keputusan itu memastikan Chelsea kekal di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN