Azwan, Jinq En tambah gangsa

Azwan, Jinq En tambah gangsa

Nurul Azwan. - IHSAN FB MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu renang negara, Phee Jinq En dan pemain petanque negara, Nuzul Azwan Ahmad Temizi, menambah koleksi gangsa Malaysia pada hari penuh dramatik di Sukan SEA Thailand 2025.

Jinq En memastikan dirinya terus relevan di pentas serantau apabila merangkul gangsa 50 meter kuak dada dengan catatan 31.71 saat di Kolam Renang Sports Authority of Thailand.

Emas acara tersebut menjadi milik Letitia Sim dari Singapura manakala perak diraih perenang tuan rumah, Jenjira Srisa-ARD, sementara seorang lagi perenang negara, Isabelle Chiyi Buckley menamatkan saingan di tempat kelapan.

Dalam acara rampaian individu, Tan Khai Xin pula terlepas peluang menaiki podium selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan masa 2 minit 05.38 saat.

Acara 100 meter gaya bebas menyaksikan dua wakil negara, Arvin Shaun dan Lim Yin Chuen, masing-masing menutup saingan di kedudukan keenam dan ketujuh.

Di gelanggang petanque, giliran Nuzul Azwan menambah gangsa apabila menamatkan acara menembak lelaki (Men’s Shooting) di tempat ketiga bersama wakil Thailand.

Nuzul Azwan terpaksa akur dengan kekalahan tipis 37-39 kepada pemain Indonesia dalam aksi separuh akhir yang sengit.

Kutipan dua gangsa ini menghidupkan momentum kontinjen Malaysia dalam usaha menambah lagi pungutan pingat pada baki saingan temasya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN