Aisyah pecah kebuntuan, raih emas scratch wanita

Aisyah pecah kebuntuan, raih emas scratch wanita

Atlet berbasikal negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir beraksi dalam acara Scratch Race wanita akhir pada Sukan SEA Thailand 2025 di Sports Authority of Thailand di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir, akhirnya menamatkan penantian dengan meraih emas pada acara scratch wanita di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Beraksi di Velodrom Hua Mark, Bangkok, pelumba berusia 28 tahun itu memulakan perlumbaan dengan tenang, berada di belakang enam pelumba lain sebelum menanti saat yang tepat untuk menyerang.

Pada pusingan terakhir, Aisyah mempamerkan kayuhan bertenaga dan strategi bijak, menyingkirkan empat pelumba di depan sekali gus menobatkan dirinya sebagai juara acara scratch wanita.

Pingat perak menjadi milik atlet Singapura, Valencia Tan, manakala Indonesia meneruskan dominasi podium dengan Ayustina Delia Priatna meraih gangsa.

Kemenangan ini lebih manis bagi Aisyah kerana ia memadamkan kekecewaan selepas terlepas emas pada dua acara lebuh raya, iaitu kriterium dan individu, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN