Tang Jie-Ee Wei naib juara Kumpulan B

Tang Jie-Ee Wei naib juara Kumpulan B

Toh Ee Wei (kanan) dan Chen Tang Jie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 4 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul naib juara selepas tumpas dalam perlawanan terakhir Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China, hari ini.

Juara dunia itu yang telahpun mara ke separuh akhir lebih awal, tunduk straight set kepada pasangan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 18-21, 24-26 dalam masa 53 minit.

Tang Jie-Ee Wei yang sebelum ini melakar dua kemenangan dan kalah sekali, meletakkan mereka di kedudukan sebagai naib juara kumpulan di belakang Yan Zhe-Dong Ping.

Kemaraan beregu campuran No. 1 negara itu ke separuh akhir merupakan kali kedua-dua berturut selepas edisi lalu mereka turut berjaya berbuat demikian

Undian semula akan dilakukan sebaik kesemua perlawanan peringkat kumpulan berakhir, hari ini, bagi menentukan perlawanan separuh akhir, esok.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang turut berada dalam Kumpulan B menutup aksi mereka dengan menghuni kedudukan tercorot.

Pasangan No. 9 dunia itu tewas kepada beregu No. 10 dunia, Jafar Hidyatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia 17-21, 17-21 dalam masa 34 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon gagal melakar sebarang kemenangan apabila tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan yang mereka harungi di peringkat kumpulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN