PETALING JAYA: Sebuah set tren Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilaporkan terlajak ke hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth, Pulau Pinang dalam satu insiden awal kira-kira pukul 6.01 pagi tadi. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana tren berkenaan merupakan set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam pergerakan operasi harian. KTMB dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa Platform 4 di stesen tersebut telah ditutup…










