PETALING JAYA: Sebanyak dua unit ambulans pacuan empat roda (4×4) disumbangkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi meningkatkan keupayaan operasi kecemasan dan bantuan kemanusiaan, khususnya di kawasan berisiko tinggi. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Mohamad berkata, sumbangan bernilai RM570,000 itu disalurkan melalui dana zakat wakalah Tabung Haji. Katanya, ambulans 4×4 berkenaan direka untuk digunakan di kawasan pedalaman, laluan berbukit,…










