PETALING JAYA: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney, Australia, esok.
Pada separuh akhir, hari ini, gandingan No. 4 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas beregu Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai yang menghuni ranking ke-65 dunia 21-16, 21-14 dalam masa 50 minit.
Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei kini mendahului 1-0 berbanding pasangan dari negara tetangga tersebut.
Pada perlawanan akhir, juara dunia itu bakal berdepan wakil Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu yang menghuni ranking No. 11 dunia.
Jika berjaya menjuarai Terbuka Australia, kemenangan tersebut merupakan gelaran sulung Tang Jie-Ee Wei pada Kejohanan Jelajah Dunia bagi musim 2025.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa beregu lelaki No. 4 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani apabila menjadi mangsa kejutan beregu muda Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-15, 21-15 dalam masa 41 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menjadi wakil tunggal Malaysia pada perlawanan akhir. – UTUSAN










