Switzerland hampir ke Piala Dunia 2026, Belgium terpaksa tangguh

Switzerland hampir ke Piala Dunia 2026, Belgium terpaksa tangguh

PENYERANG Kazakhstan, Ivan Sviridov (kanan) menanduk bola ketika menentang Belgium dalam aksi kelayakan Kumpulan J Piala Dunia 2026 di Astana, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kejayaan Switzerland melakar kemenangan besar 4-1 ke atas Sweden semalam membolehkan mereka semakin hampir mengesahkan slot automatik ke pusingan akhir Piala Dunia 2026.

Switzerland kini mengumpul 13 mata mendahului Kumpulan B dijadual bertemu Kosovo pada Selasa ini yang ketinggalan tiga mata di belakang selepas menewaskan Slovenia 2-0.

Dalam pada itu, dua gol oleh Marko Arnautovic membantu Austria menang 2-0 di tempat lawan menentang Cyprus, yang membawa mereka semakin hampir layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.

Bagaimanapun, Bosnia-Hercegovina bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Romania yang beraksi dengan 10 pemain, 3-1, memastikan saingan Kumpulan H juga berlangsung hingga ke perlawanan terakhir.

Belgium pula terlepas peluang untuk mengesahkan tempat mereka di pusingan akhir selepas diikat 1-1 oleh Kazakhstan.

Harapan kelayakan Belgium kini ditentukan hingga perlawanan terakhir selepas mereka gagal menewaskan Kazakhstan apabila dijadual menentang Liechtenstein di laman sendiri pada Rabu ini.

Belgium ketinggalan pada minit kesembilan akibat jaringan Dastan Satpaev tetapi bangkit awal babak kedua melalui Hans Vanaken.

Mereka kekal di puncak Kumpulan J dengan 15 mata, dua mata di hadapan Macedonia Utara dan Wales yang menewaskan Liechtenstein 1-0 untuk mengekalkan harapan kelayakan automatik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN