MACHANG: Suspek kedua yang menembak seorang rakyat Malaysia sehingga mati dalam kejadian Sungai Golok, Thailand, 1 November lalu mempunyai dua kerakyatan. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, mengikut maklumat yang diterima, suspek tersebut masih bebas dan dalam buruan Polis Thailand. “Kita turut membantu mengesan suspek terbabit di sini dan bekerjasama dengan polis Thailand,” katanya selepas Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2025: Waspada Jenayah Dadah dan Jenayah…









